Friday 20 July 2012

Ramadhan kembali lagi. :D

Bismillahirahmanirahim..



Ramadhan. Bulan kesembilan dalam islam. Banyak kelebihan pada bulan yang mulia ni:

  • Dengan adanya malam malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan oleh Allah, sehingga mendapat keampunan serta darjat dan darjah yang tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat, istigfar, tasbih dan zikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
    (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : diberikepada umatku 5 perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat yang dahulu sebelumya:
  1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih HARUM daripada kasturi di sisi Allah.
  2. Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah SYURGA balasannya.
  3. DIAMPUNKAN dosa-dosa mereka pada malam lailatul Qadar.
  4. Amalan yang dilakukan pada bulan ramadan DIGANDAKAN sebanyak 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa ianya bagiKu,Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya makan minumnya kerana Aku.
  5. Dan mereka dikurniakan KESERONOKAN ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat
(Al-hadith)

  • Orang yang bersembahyang pada bulan Ramadan tiap kali sujud dikurniakan 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata. Bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga terbenam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya.
(Al-hadith) 
  • "Puasa itu perisai dan sedekah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api"
(Al-hadith)
  • "Siapa memberi makan (berbuka puasa) kepada orang yang berpuasa baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun.
(Al-hadith)
  • Sabda Nabi (S.A.W): Tidur orang yang berpuasa adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadat dilipatkali gandakan.
(Al-hadith)


Banyak kelebihan pada bulan ramadan ini. Jadi. beramal ibadatlah kepada Allah, tidak ada ruginya bagi seseorang hambanya mentaati tuhannya(Allah).

banyakan tadarus Al-Quran :)

~SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-KARIM 1433 HIJRAH~

~Assalamualaikum~

No comments:

Post a Comment